yes

Pemeliharaan, Perkembangan dan Kepesatan Ilmu di Bawah Kerajaan Islam yang Ulung

2

Posted by Mohd | Posted in Pendidikan, Pengetahuan, Sosial | Posted on 02-08-2011

From the first section 

Kepesatan Ilmu di Bawah Kerajaan Islam 

Kejayaan dan kehebatan ilmu Matematik Yunani terpelihara kukuh sebelum tamadun Islam bermula. Dorongan dan ajaran pengaruh Islam membuat setiap ilmu yang bermanfaat kepada manusia, akan dititik beratkan, dikaji, diolah dan di dalami serta dikembangkan untuk kepentigan segenap manusia sejagat.

Ilmu-ilmu yang ketandusan diberikan nafas kebenaran dan roh Islam yang lebih bermakna dan tepat, akibatnya ia dapat di manfaatkan hingga kini. Di bawah pengaruh pesat dan dorongan kepemimpinan agung selanjutnya menjadi kuasa yang besr dan meluas dengan pantas dan saksama menyerap ke pelusuk rantau.

Pemerhatian Khusus Kepada Kebangkitan Empayar Islam Bersama Tamadunan ilmu

Kita fokuskan secara khusus ke arah kebangkitan tamadun Islam yang mengagumkan pada ketika Zaman Kegelapan Eropah.

 

Kebangkitan Yang Amat Berpengaruh

Hanya dalam tempuh satu dekad sesudah Baginda Nabi SAW berhijrah ke Madinatul Munawwarah dari Mekah pada 622M, keseluruhan puak atau kaum di pelusuk Semenanjung Tanah Arab yang berpecah dan berbalah telah Berjaya di satukan dengan cukup sempurna dan berkesan, menerusi kesepaduan semangat keagamaan Islam yang jitu dan tinggi, akibatnya terbina sebuah Negara yang ampuh dan amat berpengaruh lagi digeruni.

 

Kebestarian dan kebijaksanaan para pemimpin

Walaupun dunia Islam kehilangan Permata Berlian yang amat tak ternilaikan, iaitu wafatnya manusia paling MULIA Nabi Muhammad SAW. Kebestarian dan kebijaksanaan para pemimpin ulung dari kalangan sahabat dan kerabatnya, mendapat keberkatan dengan terus pesat memperjuangkan kuasa pemerintahan Allah.

Kalifah-khalifah tersebut amat tangguh dan ampuh melaksanakan misi Nabi secara adil dan saksama, sebagai pemimpin pemerintahan dan penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

Para cendekiawan terkemuka dicari ke pelusuk rantau dan dijemput ke istana para pemerintah untuk dikumpul sebagai himpunan ilmuan unggul tanpa mengira aliran juga fahaman, terutamanya dalam bidang matematik dan astronomi.

Sehingga istilah dan konsep ilmu astronomi juga matematik daripada Hindu dan Yunani dialih bahasa kepada Bahasa Arab. Hasil pemeliharaan dan perkembangan inilah maka orang Eropah telah memanfaatkanya untuk dikembangkan ke dalam bahasa Latin dan sebagainya.

 

Dipost blog mohdmukhtar.metacampus.us  2.8.11

Teruskan pengembaraan
anda
  . .  Klik Sini   

Penyakit Malaise

VN:F [1.9.12_1141]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.12_1141]
Rating: 0 (from 0 votes)
Share

Related posts:

  1. Produk Dan Servis Yang Inovatif

Comments (2)

[...] Teruskan pengembaraan anda  . .  Klik Sini    [...]

teruskan

VN:F [1.9.12_1141]
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
VN:F [1.9.12_1141]
Rating: 0 (from 0 votes)

Write a comment

*