
. Mengapa?
Anda pasti, terutama mereka yang memiliki kelulusan tinggi dan mengidamkan pekerjaan yang bergaji lumayan. Sewajarnyalah kepada masa yang dijalaninya dengan tekun, bersusah payah dengan segala kegetiran. Memerah otak menerobosi berbagai karenah dalam mengharungi hirarki sepanjang pembelajaran di institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
Pahit maungnya studi demi segulung ijazah, selain masa juga pelaburan kos serba serbinya yang sangat tinggi. Justeru itu nilai ilmu itu sesungguhnya amat mahal. Dinilai pada keseluruhannya bukan sembarangan sanggup atau mampu mengharungi semua prasyarat untuk memiliki ilmu tersebut. Maka nilainya . . alahai ! . . bertambah-tambah tinggi.
Terkilan
Sekiranya anda yang menempuhi laluan sebegitu rupa, pada masa ini ada kemungkinan menjadi agak terkilan. Sebab !
Rata-rata biro atau institusi yang menawarkan pekerjaan akan memilih pekerja yang berpengalaman. Antara 3 hingga 7 atau 8 tahun pengalaman untuk layak menjawat dalam satu-satu posisi yang ditawarkan.
Walau bagaimanapun masih ada banyak peluang bagi mereka, yang memilih pos yang tidak memerlukan pengalaman, kerana ada juga jabatan yang mengemukakan tawaran sedemikian.
Dilema
Golongan ini ada yang keberatan menangani dilema dengan perkiraan bahawa, semua perjuangan demi untuk mengabadikan matlamat asalnya tidak dinilai dengan penghargaan sebaik yang diharap.
Tindakan mereka lebih drastik, dengan berhijrah ke dunia berbeza. Pertama berhijrah ke luar negara, mereka pastikan pekerjaan yang menawarkan pendapat sangat lumayan standing dengan skil kelayakan. Kedua berhijrah ke bidang perniagaan, yang berlainan bidang atau skil yang tak pernah dipelajari dan tidak terfikir sebelum ini.
Kedua-dua profesyen tersebut memiliki ciri-ciri risiko yang tinggi. “Hanya mereka yang berani atau sanggup mengambil risiko yang selalunya akan Berjaya” dan bekedudukan sangat lumayan.
Pasrah
Kebanyakan pula bertekad untuk sedia menerima jawatan yang di tawarkan walaupun bergaji rendah dan mungkin berbeza bidang.
Kumpulan ini tidak terlalu mengharap jaminan masa depan yang lumayan, hanya pasrah kepada apa saja yang mampu dilakukan kerana tiada pilihan.
Kenyataanya berhubung bergaji lumayan, Pengarah, Pengurus Besar perlu dimulakan melalui tangga paling bawah. Setelah konsisten dalam menyerlahkan potensi diri dan memiliki pengalaman cukup barulah layak menduduki posisi yang tinggi tadi. Pada tahap ini tidak dipertikai tentang gaji malah boleh dimand pula.
Kesimpulannya
Dalam apa jua bidang dan kemahiran, memang memerlukan kelayakan dan pengalaman untuk memajukan sesebuah syarikat maupun institusi. Keutamaan prospek dengan mengarah untuk maju ke depan demi kejayaan serta kemajuan inilah unsur yang menuntut pengalaman tinggi dan kelayakan yang tepat.
Oleh yang demikian anda jangan berkira tentang jawatan dan gaji. Mulakan dari asas untuk menonjolkan potensi diri anda dengan fokus pada kesungguhan kerja secara gigih dan tekun lagi bersabar. Anda akan mempunyai pengalaman yang kemudiannya akan menjadikan asset yang bernilai kepada diri dan masa depan kerana memiliki kelayakan yang hebat.
VN:F [1.9.12_1141]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.12_1141]